SELAMAT DATANG KE SMK PULAU GAYA

Menjelang April ini, insyaAllah sudah ada 3 buah sekolah yang berminat membeli pakej PKS kami. Sekarang ini kami telah mula membuat persiapan menanti kehadiran mereka.

Persiapan ini bermula dengan Kursus Hos, Bengkel 1, dan Bengkel 2 pada 29-31 Mac ini. Petugas Hos baru dan lama akan diharap dapat memantapkan lagi perkhidmatan yang akan dapat diberikan kepada semua tamu.

Tamu Pertama tahun ini insyaAllah akan tiba pada 16 April (Jumaat) sehingga 17 April (Sabtu). Tamu Kedua akan berada di sini pada 24 hingga 25 April 2010 dan tamu ketiga akan berada di Sabah selama 5 Hari 4 Malam (5D4N) dari 29 April 2010 hingga 3 Mei 2010.

Sebuah lagi sekolah dari utara tanah air telah menyatakan minat untuk datang ke SMK Pulau Gaya dan mengambil "Pakej Island Tour" semasa cuti sekolah pertengahan tahun ini.

Sekali lagi kami ucapkan..."SELAMAT DATANG"
0 Responses

Post a Comment