Kami memfokus kepada Program Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS), iaitu sebuah projek pelancongan hasil kerjasama pihak koperasi sekolah dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).
Pihak Tamu ada beberapa pilihan, sama ada pakej daratan (Kinabalu Tour) atau pun pakej pulau (Island Tour). Pakej ini untuk 3 hari 2 malam (3D2N) atau 2 hari 1 malam (2D1N). Tamu juga boleh membuat rundingan terus sekiranya berminat dengan pakej selain daripada yang dinyatakan ini.
Kinabalu Tour meliputi aktiviti lawatan sambil belajar ke kawasan kaki Gunung Kinabalu di Taman Negara Kinabalu, Kolam Air Panas Poring dan tempat-tempat menarik lain yang terdapat di Ranau dan Kundasang.
Island Tour pula meliputi aktiviti melancong ke gugusan pulau-pulau Taman Tunku Abdul Rahman seperti Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Suluq.
Kepada bakal pengunjung yang berminat untuk merasai ketenangan dan kedamaian serta kelainan, anda akan berpeluang menginap di bilik chalet dalam kawasan sekolah. Namun bilangan bilik pada masa ini adalah terhad.
Post a Comment