Buat pertama kali dalam sejarah penubuhan Koperasi SMK Pulau Gaya Berhad, dan juga SKM Cawangan Sabah sendiri, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia cawangan Sabah telah menjejakkan kaki ke Pulau Gaya, khususnya SMK Pulau Gaya pada 10 Februari 2010.
Lawatan ini terlalu bermakna kepada kami warga Koperasi SMK Pulau Gaya Berhad kerana Pengarah bersama rombongan sudi mendekati kami walaupun kami berada di pulau. Lawatan ini memberi peluang kepada kami menyalurkan hasrat dan keinginan kami untuk mengembang dan memajukan lagi gerakan koperasi di sekolah ini. Selain itu, peluang ini juga kami pergunakan untuk menyatakan Peluang, Cabaran, Kelemahan dan Kekuatan yang kami miliki dalam mengembangkan aktiviti koperasi dalam bidang perlancongan.

Post a Comment