Kursus Hos, Bengkel Hos 1 & Bengkel Hos 2, Tahun 2010

Hati ini (29/03/2010) bermulanya Kursus Hos PKS kali pertama bg tahun 2010. Kursus ini merupakan persedian awal sebelum menyambut kehadiran Tamu PKS. Selepas kursus ini akan disusuli pula oleh Bengkel Hos 1 pada esok hari (30/03/2010) dan Bengkel Hos 2 pada lusa, 31/04/2010.


Bengkel Hos PKS 1
(30 Mac 2010)









Gambar sekitar Kursus Hos PKS
(29 Mac 2010)







Gambar terkini akan dimuatnaik kemudian...........

SELAMAT DATANG KE SMK PULAU GAYA

Menjelang April ini, insyaAllah sudah ada 3 buah sekolah yang berminat membeli pakej PKS kami. Sekarang ini kami telah mula membuat persiapan menanti kehadiran mereka.

Persiapan ini bermula dengan Kursus Hos, Bengkel 1, dan Bengkel 2 pada 29-31 Mac ini. Petugas Hos baru dan lama akan diharap dapat memantapkan lagi perkhidmatan yang akan dapat diberikan kepada semua tamu.

Tamu Pertama tahun ini insyaAllah akan tiba pada 16 April (Jumaat) sehingga 17 April (Sabtu). Tamu Kedua akan berada di sini pada 24 hingga 25 April 2010 dan tamu ketiga akan berada di Sabah selama 5 Hari 4 Malam (5D4N) dari 29 April 2010 hingga 3 Mei 2010.

Sebuah lagi sekolah dari utara tanah air telah menyatakan minat untuk datang ke SMK Pulau Gaya dan mengambil "Pakej Island Tour" semasa cuti sekolah pertengahan tahun ini.

Sekali lagi kami ucapkan..."SELAMAT DATANG"

RM 100.00

Wang............ terlalu penting dalam kehidupan kita seharian........... serba serbi perlukan wang... terlalu sukar untuk dapat benda/servis percuma sekarang ini. Manusia asyik memandang kebendaan sehinggakan semua dinilai dengan wang....

Namun tidak disangka masih ada manusia berhati mulia yang sudi menyumbang sesuatu tanpa meminta apa-apa pulangan atau ganjaran.

Wang RM100 ini adalah sumbangan seorang rakyat Malaysia yang kini menetap di Jerman......... Beliau bersama isterinya yang juga merupakan seorang warga Jerman sekadar singgah melawat sekolah dan tertarik dengan persekitaran sekolah.