Konvensyen Keusahawanan Koperasi Sekolah Peringkat Negeri Sabah

Konvensyen ini berlangsung pada 12-13 Julai 2010 di The Palace Hotel, Kota Kinabalu.
Selain pembentangan 3 kertas kerja, konvensyen ini juga bertujuan mempertandingkan Projek Keusahawanan yanag dilakukan oleh pihak Koperasi Sekolah.

Namun pada tahun ni Koperasi SMK Pulau Gaya Berhad hanya hadir sebagai pemerhati, bukan peserta pertandingan. Kehadiran kali ini dapat menjadi pendedahan awal kepada pelajar sebelum terlibat secara serius dlm program keusahawan ini pada tahun akan datang.


Pada tahun ini hanya tujuh buah sekolah sahaja yang mengambil bahagian dalam pertandingan di konvensyen tahun ini. Ada empat kategori yang dipertandingkan dan peluang untuk menang sememangnya ada kepada semua koperasi yang bertanding






Kursus Hos, Bengkel Hos 1 & Bengkel Hos 2, Tahun 2010

Hati ini (29/03/2010) bermulanya Kursus Hos PKS kali pertama bg tahun 2010. Kursus ini merupakan persedian awal sebelum menyambut kehadiran Tamu PKS. Selepas kursus ini akan disusuli pula oleh Bengkel Hos 1 pada esok hari (30/03/2010) dan Bengkel Hos 2 pada lusa, 31/04/2010.


Bengkel Hos PKS 1
(30 Mac 2010)









Gambar sekitar Kursus Hos PKS
(29 Mac 2010)







Gambar terkini akan dimuatnaik kemudian...........

SELAMAT DATANG KE SMK PULAU GAYA

Menjelang April ini, insyaAllah sudah ada 3 buah sekolah yang berminat membeli pakej PKS kami. Sekarang ini kami telah mula membuat persiapan menanti kehadiran mereka.

Persiapan ini bermula dengan Kursus Hos, Bengkel 1, dan Bengkel 2 pada 29-31 Mac ini. Petugas Hos baru dan lama akan diharap dapat memantapkan lagi perkhidmatan yang akan dapat diberikan kepada semua tamu.

Tamu Pertama tahun ini insyaAllah akan tiba pada 16 April (Jumaat) sehingga 17 April (Sabtu). Tamu Kedua akan berada di sini pada 24 hingga 25 April 2010 dan tamu ketiga akan berada di Sabah selama 5 Hari 4 Malam (5D4N) dari 29 April 2010 hingga 3 Mei 2010.

Sebuah lagi sekolah dari utara tanah air telah menyatakan minat untuk datang ke SMK Pulau Gaya dan mengambil "Pakej Island Tour" semasa cuti sekolah pertengahan tahun ini.

Sekali lagi kami ucapkan..."SELAMAT DATANG"

RM 100.00

Wang............ terlalu penting dalam kehidupan kita seharian........... serba serbi perlukan wang... terlalu sukar untuk dapat benda/servis percuma sekarang ini. Manusia asyik memandang kebendaan sehinggakan semua dinilai dengan wang....

Namun tidak disangka masih ada manusia berhati mulia yang sudi menyumbang sesuatu tanpa meminta apa-apa pulangan atau ganjaran.

Wang RM100 ini adalah sumbangan seorang rakyat Malaysia yang kini menetap di Jerman......... Beliau bersama isterinya yang juga merupakan seorang warga Jerman sekadar singgah melawat sekolah dan tertarik dengan persekitaran sekolah.


Lawatan Rasmi Pengarah SKM Cawangan Sabah

Buat pertama kali dalam sejarah penubuhan Koperasi SMK Pulau Gaya Berhad, dan juga SKM Cawangan Sabah sendiri, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia cawangan Sabah telah menjejakkan kaki ke Pulau Gaya, khususnya SMK Pulau Gaya pada 10 Februari 2010.

Ketibaan Tuan Pengarah SKM Sabah disambut oleh
Pengetua SMK Pulau Gaya (Pengerusi Lembaga Koperasi)

Lawatan ini terlalu bermakna kepada kami warga Koperasi SMK Pulau Gaya Berhad kerana Pengarah bersama rombongan sudi mendekati kami walaupun kami berada di pulau. Lawatan ini memberi peluang kepada kami menyalurkan hasrat dan keinginan kami untuk mengembang dan memajukan lagi gerakan koperasi di sekolah ini. Selain itu, peluang ini juga kami pergunakan untuk menyatakan Peluang, Cabaran, Kelemahan dan Kekuatan yang kami miliki dalam mengembangkan aktiviti koperasi dalam bidang perlancongan.


Gambar Terbaru SMK Pulau Gaya dari arah Laut













Tahun Baru Wajah Baru

Tahun 2010 diharapkan memberi peluang yang lebih baik kepada Koperasi SMK Pulau Gaya untuk mengembangkan lagi penglibatan dalam Gerakan Koperasi khususnya dalam bidang Perlancongan Koperasi Sekolah (PKS).

Beberapa perkara sedang difikir dan dirancang untuk dilaksanakan dalam usaha memastikan matlamat ini tercapai. Kerjasama pihak koperasi dan sekolah amat penting dalam menjayakan perkara ini. Beberapa penambahbaikan telah dilakukan oleh pihak sekolah dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dalam suasana yang kondusif dan memberangsangkan minda dan minat pelajar untuk datang dan belajar di sekolah pada setiap masa.

Jeti Baru yang terletak di hadapan Surau


Pelantar Gaya Square yang kini telah berbumbung


Bilik Penginapan


Tandas dan Bilik Persalinan yang baru siap