Rombongan Kolej Tunku Khurshiah, Seremban

Sebelum ini memang telah ramai pihak yang datang ke SMK Pulau Gaya sebagai pelawat rasmi atau pelancong tak rasmi. Pelancong tak rasmi selalunya datang melalui pakej yang diatur oleh ejen-ejen pelancongan yang ada di Kota Kinabalu khususnya yang bertapak di Jesselton Point. Pelawat rasmi pulak akan diuruskan oleh pihak sekolah seperti pelawat yg ada urusan rasmi or pelawat dari Jabatan Pelajaran sendiri..



Rombongan Kolej Tunku Khurshiah, Seremban Negeri Sembilan adalah pelawat pertama yang diuruskan sepenuhnya oleh pihak koperasi atas kerjasama pihak ANGKASA. Kedatangan mereka ke SMK Pulau Gaya dan gugusan pulau-pulau Taman Tunku Abdul Rahman adalah sebahagian daripada Pakej Hadiah HKS 2008 sebagai pemenang tempat ketiga sumbangan ANGKASA.

Sejarah dan Latarbelakang

Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Gaya Berhad
Nama rasmi yang telah didaftarkan dengan Pejabat Pendaftar Koperasi, Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) yang sekarang ini dikenali sebagai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada tahun 1992.

Bermula sebagai koperasi sekolah yang hanya membekalkan alat tulis dan peralatan sekolah seperti buku, pen dan t-shirt kepada para anggotanya. Kewujudannya seolah-olah tak penting dan tidak dirasai di alam sekolah. Seolah-olah juga koperasi hanya wujud pada awal tahun semasa pelajar ingin mendapatkan bekalan alat tulis dan keperluan sekolah. Selepas itu, jarang sekali pelajar yang nak datang menjenguk kedai koperasi. Segala keperluan selepas itu, pelajar lebih rela dan selesa membelinya di Bandaraya Kota Kinabalu.

Tapi kini pihak sekolah telah sudi memberikan sebuah bilik baru yg lebih selesa untuk digunakan sebagai kedai koperasi yang lebih selesa dan berada berhampiran dengan pejabat am dan bilik guru. Kedai sebelum ini hanyalah sebuah stor kecil yang gelap serta tidak selesa untuk masuk, apatah lagi untuk duduk lama di dalamnya.

Tahun 2008 merupakan permulaan kepada sesuatu yang baru kepada aktiviti koperasi kami. Bermula dengan mendaftar sebagai ahli Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), kami telah dibimbing dan digalakkan agar melibatkan diri dalam program Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS)kerana pihak ANGKASA telah mengenalpasti keunikan dan kelebihan yang dimiliki oleh sekolah kami. Pihak ANGKASA menyediakan kursus bimbingan dalam menjayakan PKS ini iaitu Kursus Hos dan Kursus Tamu.

Kini, pihak pengurusan koperasi dalam proses menceburi bidang pelancongan ini dengan lebih serius agar dapat memberikan pendidikan tambahan kepada anggota selain pembelajaran formal di dalam bilik darjah, disamping menjana keuntungan tambahan kepada koperasi.

Langkah Pertama

Hello semua! Koperasi baru memulakan blog. Sila teruskan mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa kerana kita menuju ke arah perniagaan pelancongan dengan pakej-pakej menarik dan kos yang termampu. Terima kasih.